Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Sebak Lihat Layanan Anzalna Terhadap Sekumpulan Kanak-Kanak OKU - “Kasih Sayang Dia Tak Fake, Nampak Ikhlas Masa Peluk…”

astro_gempak_netizen-sebak-lihat-layanan-anzalna-terhadap-sekumpulan-kanak-kanak-oku.jpg

Netizen meluahkan rasa sebak selepas melihat layanan pelakon, Anzalna Nasir terhadap anak-anak istimewa semasa mencari baju raya di sebuah gedung jualan tekstil.
 

Ramah melayan kanak-kanak OKU

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok milik Anzalnya, jelas kelihatan aktres cantik itu begitu ramah dan sabar melayan karenah anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.

“Semasa sesi meet and greet di Jakel, Anzalna bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim.

“Tetapi rupanya mereka adalah OKU pekak dan bisu. Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya!” tulisnya.

Advertisement

 


Netizen tersentuh momen berpelukan


Bagaimanapun, momen yang paling menyentuh hati netizen adalah ketika kanak-kanak berkenaan memeluk erat Anzalna.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen terharu melihat ketulusan dan keikhlasan Anzalna ketika melayan anak-anak tersebut.

Antara komen yang diterima adalah:


Berikut merupakan video penuh Anzalna:

@anzalnanasir Semasa sesi meet and greet di @JAKEL® , Anzalna bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim, tetapi rupanya mereka adalah OKU pekak dan bisu. Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya! 😍@Hanif Zaki ♬ Setitis Cahaya Di Aidilfitri - Aishah

Must-Watch Video