Skip to main content

Budaya Popular

Mia Ahmad Banyak Belajar Hal Rumah Tangga Selepas Berkahwin - “Fasa Awal Dulu Saya Banyak Sangat Ekspektasi, Nak Semua Sempurna…”

astro_gempak_mia-ahmad-banyak-belajar-hal-rumah-tangga-selepas-berkahwin.jpg
Pelakon, Mia Ahmad akui banyak belajar mengenai hal rumah tangga selepas berkahwin.
 

Melengkapi antara satu sama lain


Menurut Mia, perkahwinan bukan sekadar mengenai kesempurnaan sebaliknya melengkapi antara satu sama lain.

“Dalam fasa awal perkahwinan kami dulu, saya banyak sangat expectation. Saya nak semuanya sempurna.

“Saya nak pasangan faham tanpa perlu saya cakap. Saya nak dia tahu semua benda yang saya rasa walaupun saya sendiri pun belum betul-betul kenal diri.


“Tapi makin lama saya belajar, perkahwinan ini bukan tentang kesempurnaan. Tapi tentang dua jiwa yang tak sempurna, tapi tetap berusaha melengkapi satu sama lain,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
 

Tak perlu cari kesempurnaan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Dalam pada itu, kata Mia, dalam mencari kesempurnaan, seseorang itu perlu mula dengan cara menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

“Dan untuk betul-betul sayang pasangan, kita perlu mula dengan sayang diri sendiri. Kita perlu menang dulu dengan Allah, menang dengan emosi dan hati kita sendiri.


“Baru kita boleh ‘hadir’ dalam perkahwinan. Baru kita boleh jadi pasangan dan bukan beban. Baru kita boleh mula mendidik anak-anak dengan tenang. Bukan dari luka. Tapi dari kasih,” coretnya.

Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Advertisement

Must-Watch Video