Anak kepada pelakon Norman Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-4 semalam.
Perkara itu dikongsi Norman menerusi beberapa entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Majlis ulangtahun kelahiran Muhammad Dikhriz Hakim yang ke-4," tulisnya.
Dalam pada itu, Norman turut memohon doa agar anak-anaknya sentiasa diberkati Allah dan sentiasa dikurniakan kebaikan.
"Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hambaMu yang pantas menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka," tulisnya.
Bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim.
Terdahulu, hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Abby Abadi, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 16, dan Maria Danisha Hakim, 11.