Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Menerusi ciapan di aplikasi X, Naim memaklumkan adalah tidak masuk akal untuk sebuah institusi pengajian tinggi terlibat dengan kes buli serius secara berkali-kali.
Kata Naim lagi, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap pendapatnya berkenaan dengan institusi pengajian tinggi berkenaan.
“Dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?” tulisnya.
Terdahulu, seorang penuntut tahun satu UPNM cedera parah serta retak pada bahagian tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior.
Difahamkan, mangsa telah dipijak oleh pelajar senior tahun tiga dalam satu kejadian yang berlaku pada 21 Oktober lalu.
Kes buli serius
Menerusi ciapan di aplikasi X, Naim memaklumkan adalah tidak masuk akal untuk sebuah institusi pengajian tinggi terlibat dengan kes buli serius secara berkali-kali.Kata Naim lagi, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap pendapatnya berkenaan dengan institusi pengajian tinggi berkenaan.
“At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa.
“Jangan datang dekat aku dan kata aku takkan faham tradisi sesebuah institusi.
“Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ni.
“Dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?” tulisnya.
At this point;
— Ucop (@naimdanielx) November 11, 2024
Melingkup sajalah tempat ni.
Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa.
Jangan datang dekat aku dan kata aku takkan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ni.
Dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari? https://t.co/3evWqeOcXe