Nama pelakon cantik Laudya Cynthia Bella sedang menjadi bualan hangat peminat di Indonesia selepas didakwa telah mengakhiri zaman janda dengan seorang ustaz.
Janda Engku Emran itu malah didakwa menjadi isteri ketiga kepada Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri seperti dilaporkan banyak portal gosip di Indonesia termasuk salah satunya dari akaun Instagram @lambe_turah.
Dalam akaun gosip tersebut membawa berita Laudya Cynthia Bella dikhabarkan menikah dengan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri yang juga seorang penceramah bebas pada pagi 28 Julai 2024.
Malah ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mengaku sebagai keluarga ustaz tersebut mengesahkan mereka telah berkahwin.
“Hari ini tersiar khabar bahawa LCB menikah dengan salah satu ustaz bermanhaj Salaf yakni Ustaz Nuzul Dzikri hafidzahullah," bunyi keterangan dalam Facebook Sulhidayah Syam.
Dan sewaktu ditanya mengenai kebenarannya, pemilik akaun tersebut menjawab: “InsyaAllah sahih.”
Namun ramai yang sangsi dengan khabar tersebut memandangkan Bella dan Ustaz Nuzul belum memberi kenyataan rasmi menafikan atau mengesahkan berita perkahwinan mereka.
Bintang Buya Hamka tersebut pernah berkahwin dengan duda Erra Fazira pada 2017 dan bercerai pada 2020.
Sementara Ustaz Nuzul sudah berpoligami dengan isteri keduanya merupakan seorang pereka busana bernama Norma Hauri.