Skip to main content

Budaya Popular

Konsert Exists Premium Live Oktober Depan Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat

astro_gempak_konsert-exists-premium-live-oktober-depan-bakal-beri-kemewahan-peribadi-buat-peminat.jpg
Kumpulan Exists mengumumkan bakal mengadakan konsert terbaharu iaitu Exists Premiun Live @ PJ pada Oktober depan.
 

Berbeza dari persembahan sebelumnya

Exists yang dianggotai oleh Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad menyifatkan konsert yang dijangka bermula jam 8.30 malam itu sebagai sebuah kembara muzik yang berbeza berbanding konsert atau persembahan sebelumnya.

"Muzik kami akan menyentuh dan menjalar dalam tubuh peminat dengan rasa yang sangat premium. 

“Hanya mereka yang hadir dapat mendifinisikan makna premium atau mewah yang dihidangkan oleh Exists menerusi Exists Premium Live kelak,” ujarnya.


Menariknya lagi, 100 peminat bertuah yang membeli tiket akan memiliki peluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota Exists.

Selain itu, peminat yang hadir bukan hanya menikmati muzik tetapi bakal memiliki barangan eksklusif Exists.

Exists Premium Live akan berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Oktober 2025.

Tiket dijual dengan harga mengikut kategori, Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368).

Tiket boleh didapati menerusi www.jiotix.asia atau talian hotline +6011 1660 1122 (khusus untuk peminat dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) sahaja).

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video