Seorang jejaka mencuri tumpuan netizen apabila fotonya melakukan dua kerja dalam satu masa tular di sosial media.
Dikenali sebagai Amirul Syafieq, dia kini sedang berkerja keras sebagai penghantar di restoran makanan segera McDelivery selama lapan jam dan kemudiannya menyambung tugasan sebagai penghantar Grab Food selama enam jam.
“8 jam rider McD, 6 jam rider Grabfood. Doakan aku dapat menghalalkan gadis pilihan aku tahun depan guys,” ujarnya menerusi satu tweet.
Berniat untuk menyunting gadis idamannya pada tahun depan, Amirul turut memohon doa netizen agar usahanya dipermudahkan.
Sempat berkongsi dua foto dirinya sedang bekerja, kegigihan Amirul mengundang komen positif warga Twitter apabila ramai yang memberikan sokongan pada usaha pemuda ini.
“Utmost respect to those who work hard for an honest living with sincere intentions. May God bless you tremendously and keep you safe on the roads!” ujar seorang netizen sambil mendoakan keselamatannya di jalan raya.
"Jangan curang. Aku tak nak tengok thread sedih lalu TL dah. Good luck both of you and semoga rezeki melimpah ruah and get a better job for your future family," pesan seorang netizen.
“Ya Allah, cantiknya gf! Semoga Allah limpahkan rezeki & berkatnya ke atas kamu berdua & semoga matlamat kamu terlaksana berjodoh hingga ke syurga. Aamiin,” komen seorang netizen mengirimkan doa.
Terdahulu, Amirul sempat berkongsi sedikit info tentang dirinya apabila memuat naik gambar kekasih hati dan juga kerjaya lamanya sebagai pemain bola sepak.
Tweet daripada Amirul itu sehingga kini mendapat hampir 28,000 ulang kicau dan lebih 39,000 likes.

“Semoga consistent bro. Sebab kalau kita rasa susahnya nak halalkan seseorg tu. Lagi susah kita nak jaga dia nanti, tapi susah tu jadi ringan bila kita consistent, Insya-Allah takda hal. Benda baik jarang tak jadi bro,” tulis seorang netizen berkongsi pengalaman.8 jam rider mcd, 6 jam rider grabfood. Doakan aku dapat menghalalkan gadis pilihan aku tahun depan guys???? pic.twitter.com/YmUhJdF8Iq
— Amirul Syafieq (@syafieqisa) August 7, 2019