Skip to main content

Viral

Kang Sora Rasmi Sandang Status Ibu

befunky-collage-5090.jpg
Aktres Korea Selatan, Kang Sora dilaporkan selamat menjadi ibu selepas melahirkan anak pertamanya semalam.

Khabar gembira itu diumumkan oleh satu sumber yang datang dari agensi bintang filem Incomplete Life tersebut, Plum A&C.

Menurut sumber tersebut, Kang Sora yang kini berusia 31 tahun berada dalam keadaan sihat selepas selamat melahirkan bayi perempuan.

"Dia dan anaknya sihat," kata sumber tersebut seperti dilaporkan Soompi.

Kang Sora berkahwin dengan suaminya yang bukan dalam kalangan selebriti pada Ogos 2020.

Bintang yang memulakan kariernya pada tahun 2009 itu kemudian didakwa sudah hamil sewaktu berkahwin.



 

Advertisement

Must-Watch Video