Skip to main content

Trend Pasaran

"Kalau Meluat Tak Payah Tengok, Kenapa Kena Cakap Kasar?" - Aliff Aziz Komen Isu Video Live Dengan Bekas Isteri

aliff-bella-iglive-header.jpg
Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, terkejut apabila dihujani komen biadap daripada netizen berhubung video live bersama bekas isteri yang tular baru-baru ini.

BACA: Buat IG Live Dengan Aliff Aziz, Ini Alasan Bella Astilah 

Kata Aliff, dia tidak menyangka kata-kata sedemikian ditulis oleh individu beragama Islam.

"Saya tak faham macam mana seseorang individu muslim boleh berkata-kata kasar.

"Setiap individu berhak menyatakan pendapat masing-masing.

"Kalaulah tidak bersetuju dengan video live itu atau tidak suka saya sekali pun, adakah dengan bercakap sebegitu boleh membuatkan anda lebih baik daripada saya?" tulis Aliff.

Tambah Aliff, dia tidak memaksa sesiapa pun dalam kalangan netizen untuk menyokong atau menonton video live berkenaan.

"Bagi saya mudah saja. Meluat tak payah tengok. Jangan rumitkan sesuatu hal," tambah Aliff menerusi kemas kini akaun Twitternya baru-baru ini.


Biarpun tidak menyatakan secara terperinci mengenai video live yang dimaksudkan namun, netizen mengaitkan dengan rakaman yang tular baru-baru ini.

Terdahulu, tular sepotong video yang memaparkan aksinya bersama bekas isteri, Bella Astillah berbalas nyanyian di ruang video live Instagram mereka.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Adrean, 2 tahun.

Namun, pasangan itu memilih untuk bercerai secara baik selepas Aliff beberapa kali tertangkap menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita.
 

Must-Watch Video

Advertisement