Penyanyi, Ben Ladin memaklumkan isterinya, Anna Shida selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
“Assalammualaikum, pewarisku tercinta. Alhamdulillah isteri saya Anna @annasyida_ selamat melahirkan bayi kami.
Terdahulu, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Syukur isteri selamat bersalin
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan keluarga kecilnya.“Assalammualaikum, pewarisku tercinta. Alhamdulillah isteri saya Anna @annasyida_ selamat melahirkan bayi kami.
“Terima Kasih yang banyak mendoakan, terima kasih kepada isteri tercinta saya kerana memberikan saya hadiah yang paling berharga,
“Saya hargai pengorbanan awak sepanjang masa, perjalanan yang panjang untuk kita berdua, semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kita,” kongsinya.
Baby J
Bagaimanapun, Ben tidak mendedahkan jantina anak pertamanya itu dan hanya memberitahu nama panggilannya adalah Baby J.Daddy & Mummy sekarang dah ada Baby J. Semoga, anak soleh ini sentiada dalam lindungan Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.