Skip to main content

Budaya Popular

Iqram Dinzly Tak Selesa Lakon Babak Ganas & Minta Maaf Kepada Pelakon Lain - “Alya Iman Pesan Jangan Tarik Rambut Kuat Sangat”

astrogempak_iqram_dinzly_tak_suka_berlaku_watak_keganasan.jpg

Pelakon, Iqram Dinzly mengakui kurang selesa untuk melakonkan babak yang melibatkan elemen keganasan.

Jelas Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan akan memohon maaf kepada rakan pelakon sebelum memulakan penggambaran.

Ini kerana aktor ini khawatir jika dia tersilap langkah ketika melakukan babak tersebut boleh menyebabkan kecederaan terhadap pelakon yang lain. 

“Saya kalau boleh tidak mahu lagi melakonkan adegan bersentuhan serta babak kekasaran yang keterlaluan. Dahulu zaman muda, saya buat sahaja ikut kehendak, tapi kini saya risaukan banyak keadaan khususnya rakan pelakon dan mahu menyantuni mereka. 

“Saya minta maaf awal-awal sebelum melakonkan adegan itu. Contohnya Alya Iman, saya minta izin pegang kepala, tapi dia sangat profesional walau kena pukul dan hentak. Cuma dia pesan jangan tarik rambut kuat-kuat sebab dia pakai ‘extension’.


“Pendek kata, memang sekarang saya akan minta izin dulu kalau ada babak tampar. Syukur saya berjaya lakukannya berkat bantuan pengarah dan pelakon lain juga,” katanya kepada Gempak. 

Iqram berkata demikian ketika menghadiri di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung  di Sunway Pyramid, Selangor, baru-baru ini.

Tambah Iqram lagi, pada awalnya dia berat hati untuk melakonkan karakter narsistik bernama Imran Faris, namun dia tetap mengambil tawaran tersebut kerana yakin lakonannya boleh memberi kesedaran kepada masyarakat umum.

“Sebenarnya sepanjang menjayakan karakter ini, saya sangat tidak okay. Tapi saya ambil tawaran ini kerana saya suka mengkaji tentang kesihatan mental, apa yang saya perhatikan, zaman sekarang ramai narsistik.

“Melalui lakonan ini, saya  nak bagi kesedaran  terutama kepada ibu bapa untuk awasi anak generasi kini  yang mempunyai mental yang kritikal. Mereka nampak tenang tapi dalamannya kurang,” jelasnya.

Advertisement

Must-Watch Video