Skip to main content

Berita Tempatan

"Ini Sambutan Birthday Paling Bermakna" - Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Ke-32

aliff-bday2befunky-collage.jpg
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 semalam.

Perkara itu dikongsi Aliff menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Aliff, sambutan hari lahirnya tahun ini adalah yang paling bermakna kerana dihadiri oleh ahli keluarganya yang disayangi.

"Terima kasih kepada semua yang hadir, bagi saya ini sambutan hari lahir paling bermakna sekali dalam hidup dan tak akan lupa.

"Bukan sebab majlis yang hebat, tapi sebab kami ada keluarga yang cukup bahagia, sekarang saya dapat rasai nikmat erti kebahagiaan sebenar.

"Terima kasih pada wanita paling agung di dunia, mak saya Rozita Ibrahim kerana sudi datang, saya happy sangat mak ada semalam," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu azamnya yang mahu menjadi lebih serius dan matang dalam perniagaan di usia 32 tahunnya.

"Saya niat umur 32 tahun nak jadi lebih serius dan matang dalam perniagaan," tulisnya lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

smua gmbar yg diabadikan dlm ig dan hidup saya.. thanks smua yg hadir.. bagi sy ni sambutan birtdy paling bermakna sekali dalam hidup dan x akan lupa bukan sebb majlis yg hebat tpi sbb kami ada keluarga yg cukup bahgia yg sy impilan 30thun yg lalui dan skrg sy dpt rasai nikmatya erti kebahagia sebnarya.... . . tak dilupakan juga pada... my lovely followers tersayang yg wish birthday saya hari ni... x sangka 11k komen lebih yg wish walapun saya bukan artis...sy org biasa . . Terima kasih pada wanita paling agung d dunia makku @bondarozitaibrahim yg tercinta dunia dan akhirat sudi datang..saya happy sangat mak ada semalam..nenek dan kawan2 di kampung pun ada,sahabat handai,rakan bisnes dan pelajar tahfiz...Alhamdulillah saya bersyukur dikelilingi insan2 ni....yg ada di setiap suka dan duka walaupun arwah abah x ada malam ni.. . Saya niat umur 32 tahun saya nak jadi lebih serius dan matang dalam bisnes... tapi kalau saya x buat video lucu korang nak tgok lagi x saya? yes or no?? ?? . . , terima kasi juga kepada kek pulut @zarinazainuddin_ team @as.legacymalaysia rakan2 @hafizhamidun @realckfaizal @rita_sosilawati @datosrisalmahismail @nursajadiah @myfarahme @memewani dan ramai lagi

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement