Skip to main content

Budaya Popular

“Ini Adalah Investment Saya Untuk…” - Mierul Aiman Beli Rumah, Peminat Teruja Nak Jadi Jiran

astro_gempak_mierul-aiman-nak-beli-rumah.jpg

Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman menyorot perhatian selepas satu video di TikTok menunjukkan dirinya berkongsi tentang pembelian hartanah baru-baru ini tular. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran individu yang dipercayai seorang ejen hartanah, video tersebut memaparkan pelakon drama Project: High Council tersebut berkongsi alasan disebalik pembelian rumah di Kota Warisan, Sepang itu.

@rahimzulkifly Salah seorang client saya yang membeli rumah Arena Residence 2 di Kota Warisan, Sepang. Tahniah untuk beliau kerana miliki rumah diusia muda 😎🤩👏🏻 Thank you so much @Mierul kerana mempercayai khidmat & servis saya. Moga dipermudahkan urusan dan selamat maju jaya.. Congratulations 😊✨ #RahimZulkifli #ChefHartanah #fyp #hartanahselangor #kotawarisan #foryoupage #Selangor #ioiproperties #arenaresidences #arenaresidences2 #highcouncil #amierulaiman #fakhri #kapla ♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) - Melonest

 

“Sebab saya memilih untuk beli di kawasan ini adalah atas investment saya untuk masa depan, anda patut jadi salah seorang client untuk hartanah di sini,” kata Mierul. 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Mierul kerana berjaya memperolehi satu aset besar walaupun hanya berusia 27 tahun.

 

“Rezeki usia muda.

 

“Nak berjiran dengan Mierul boleh tak?

 

"Ya ampun ada rezeki mana tahu berjiran.

“Tahniah untuk Mierul kerana miliki rumah di usia muda,” komen beberapa netizen. 

Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 80,000 tontonan di platform TikTok.

 

BERITA TRENDING: Kongsi Video Masak Piza, Netizen Teruja Lihat Masya Masyitah Kembali Aktif - “Rindu, Lama Dia Hilang…”

BERITA TRENDING: Tak Boleh Ke Tandas, Lelaki Lumur Najis Pada Wajah Anggota Penyelamat

BERITA TRENDING: ERA Cipta Sejarah, Stesen Radio Pertama Malaysia Capai 2 Juta Pengikut di TikTok

BERITA TRENDING: Lelaki Meninggal Wariskan Bandar RM46 Juta

Must-Watch Video