Selebriti Mizz Nina menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 bersama suaminya, Noh Salleh semalam.
Pada masa yang sama, tarikh itu juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Nina yang ke-39.
Perkara itu dikongsi Nina menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Nina meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Noh kerana sentiasa menjadi seorang suami yang baik terhadapnya.
"Happy anniversary to my sayang @mohammadnohbinsalleh my partner in this life and in jannah insya-Allah.
"Thank you for always supporting me, for being my best friend, my husband and my imam, I am so grateful and blessed to have you in my life, Alhamdulillah," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Nina turut meletakkan 'hashtag' #Already39ButFeelLike25 sempena hari ulang tahun kelahirannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menulis ucapan dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga Nina bersama Noh.
Terdahulu, Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.
Nina mula bergiat sebagai penyanyi pada tahun 1999 dan membuat keputusan untuk bersara pada tahun 2013 selepas pulang mengerjakan ibadah haji.