Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha meluahkan rasa sebak apabila impian untuk membawa pekerja melancong bersama akhirnya tercapai.
Sebak impian tercapai
“Nak sangat negara sejuk supaya rasa terbang pergi bercuti tu dengan baju bulu bulu. Dan kami berdua selalu bercakap mengenai perkara tersebut dan juga kepada team,” tulisnya menerusi ruangan kapyen.
Berkat usaha dan kesabaran dalam membina empayar perniagaannya, Hanis kini mampu membawa 30 pekerjanya melancong.
“10 tahun kemudian Allah memberi kami masa dan rezeki yang sesuai untuk terbang kesemua 30 kami. Sebak dada tak tahu nak cakap,” tambahnya lagi
Sebak impian tercapai
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, berkata impian tersebut sudah disimpan sejak awal dirinnya melibatkan diri dalam dunia perniagaan bersama suami Hairul Azreen.
“Apabila kami (Hanis dan Hairul) mula-mula memulakan syarikat bersama-sama pada usia 20-an, salah satu impian utama kami adalah untuk membawa seluruh staf ke negara empat musim.
“Nak sangat negara sejuk supaya rasa terbang pergi bercuti tu dengan baju bulu bulu. Dan kami berdua selalu bercakap mengenai perkara tersebut dan juga kepada team,” tulisnya menerusi ruangan kapyen.
Berkat usaha dan kesabaran dalam membina empayar perniagaannya, Hanis kini mampu membawa 30 pekerjanya melancong.
“10 tahun kemudian Allah memberi kami masa dan rezeki yang sesuai untuk terbang kesemua 30 kami. Sebak dada tak tahu nak cakap,” tambahnya lagi
Advertisement
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan turut gembira dengan perkongsian tersebut.
“Alhamdulillah, tahniah buat kedua nya.
“Bestnya dapat bercuti dengan team macam ni
Awwww harap dapat juga kerja dengan Hanis kalau macaam ni,” komen beberapa netizen.