Skip to main content

Berita Tempatan

"Hampir Lengkap, Berikan Kami Sedikit Masa Lagi" - Tomok Beri Bayangan Akan .....

tomok-(1)_1.jpg
Penyanyi Tomok melahirkan rasa syukur apabila masih diberikan peluang untuk kembali bergabung semula bersama anggota kumpulan New Boyz yang lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok  menjelaskan kini mereka dalam persiapan akhir untuk membuat kemunculan semula dalam masa terdekat.

"Hampir lengkap, berikan kami sedikit masa lagi, Insya-Allah Sejarah Mungkin Berulang!!! New Boyz," tulisnya ringkas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hampir lengkap..berikan kami sedikit masa lagi..insyaallah SEJARAH MUNGKIN BERULANG !!! . NEW BOYZ

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tidak sabar untuk menantikan kemunculan semula New Boyz dan mendoakan agar mereka dapat mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan itu semula.

"@misswanendah: Alahaiii macam nak nangis je tengok. Tak sabar."

"@ _tasha30_: Yeeeahhh akhirnya dapat juga tengok New Boyz. Teringat zaman duk kumpul poster. hahaha."

"@along: Alaaaaa. Jangan main-main. Tak sabar ni. Aduhai terkenang zaman  dulu-dulu."

"@ayien_arianna: Alaaaa lama dah tunggu ni. Kasi jadi tahun ni okay! Semoga dimudahkan segala urusan."

"@farie: Halah. Halah. Halah. Dia bagi intro je. Seronok tengok korang. Rindunya zaman ni. Pelbagai memori ada bersama lagu mereka."


Kumpulan yang pernah popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang sekitar tahun 1999 itu turut dianggotai oleh Along, Syuk, Zack, Jay dan Lan.

Sebelumnya, kesemua anggota lain sudah tidak aktif dalam bidang muzik selepas membawa haluang masing-masing dengan memilih kerjaya lain.

New Boyz pernah menghasilkan lapan album sepanjang penglibatan mereka dalam industri hiburan.

Antara lagu popular mereka seperti Sejarah Mungkin Berulang, Cuba-Cuba, Meraung, Qiam, Marah Bukan Sifatku dan banyak lagi.
 

Must-Watch Video

Advertisement