Skip to main content

Viral

Habis Sini, Naim Daniel & Joe Flizzow Nasihat Manusia Yang Suka Sebar Aib Orang!

joe-flizzow-naim-daniel.jpg
Penyanyi Naim Daniel akui teruja apabila Joe Flizzow menyatakan kesudian untuk bekerjasama menerusi single terbaharu, Habis Sini.

“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim.

Naim berkata, Habis Sini merupakan  karya  yang  dieksperimen  untuk  mendapatkan elemen  baharu  dari  dunia  Hip  Hop  selepas  mendapat  sambutan dalam  genre balada. 

Tambah Naim lagi, kemunculan Joe Flizzow dalam Habis Sini juga tidak dirancang kerana lagu  ini  sendiri sudah lama dihasilkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
 
“Pada awalnya saya tidak merancang pun untuk berkolaborasi bersama Joe, tambah-tambah lagi proses  rakaman pun kita buat ketika Ramadan tahun lepas.

“Tetapi produksi  musik  yang  dikelola  oleh  Mas  Dewangga  dan  SonaOne ini telah memberi satu  pengalaman  baru,  terutama  dari  SonaOne  sendiri  kerana  ini  merupakan kerjasama pertama mereka.

“Dan daripada situ ada cadangan untuk memanggil Joe dan saya pada awalnya gementar kerana bimbang dia tidak akan bersetuju,” katanya.

Habis Sini mengisahkan  tentang  bagaimana  dalam  kehidupan  seharian  kita  akan  bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib dan kebencian kepada orang lain tanpa mengetahui kebenaran yang sebenarnya.

Lagu ini merupakan Kerjasama World  Peace  Entertainment  Sdn.  Bhd.  dengan kerjasama Def  Jam  Recordings.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, Habis Sini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, Joox dan lain-lain  bermula  2  Februari  2022.

Manakala  muzik  video Habis Sini telah  dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment.

Advertisement

Must-Watch Video