Skip to main content

Media Sosial

#GMWA24: Janji Jangan Dicapati, Ryan Bakery Menang Digital Content Creator (Entertaiment) 2024

gmwa24_ryan_bakery_digital_content_creator_entertainment.jpg

Berjaya menghiburkan netizen di Malaysia, pencipta kandungan Ryan Bakery berjaya merampas trofi bagi kategori Digital Content Creator (Entertainment) Tergempak di  Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. 

Video parodi Ryan Bakery yang meraih undian 30.48 peratus juga mengalahkan konten pempengaruh Kasih Leona Iris, Acap S, Shah Zakaria, dan Steph Beauty.

Advertisement

Ryan Bakery terkenal dengan penghasilan video-video memori kehidupan rakyat Malaysia di zaman persekolahan suatu ketika dahulu berjaya membuatkan penonton terhibur. 

Terdahulu Ryan Bakery pernah mengatakan jika dia berjaya memenangi kategori ini , dia akan belanja pengikutnya sarapan pagi kerana menghargai pengorbanan mereka mengundi dirinya. 


 

Must-Watch Video