Mahu Menang Untuk Indonesia
Menurut Insomniacks, mereka menganggap pencalonan video muzik Belum Mulai nyanyian bersama penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah tersebut merupakan kolaborasi yang berjaya.
Malah, Insomniacks turut meletakkan harapan untuk memenangi kategori tersebut bagi memberi penghargaan kepada peminat terutamanya peminat Indonesia.
“Kami sangat excited, bangga. Baik bagi kami apabila dapat meraikan kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia.
“Kolaborasi itu sangat istimewa, ia adalah salah satu momen terbaik kami dalam karier sebab kolaborasi dengan artis seberang.
“Ekspektasi kami sangat tinggi, kami nak menang untuk Indonesia,” ujar mereka kepada Gempak.
Hargai Sokongan Peminat Dua Negara
Advertisement
Teruja dengan sokongan peminat yang luar biasa, pelantun lagu hits Pulang itu berterima kasih kepada semua yang menyokong.
“Kami sangat berterima kasih kepada The Nab Lovers dan Maniacks. Mereka memang bagi sokongan padu untuk kami di media sosial,” tutupnya.
Gempak Most Wanted Awards 2024
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.
Mengekalkan format yang sama, pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 kelak.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.