Founder Melawat Mangsa Banjir
Menerusi video tersebut, usahawan yang dikenali sebagai Juliana Mazlan itu hadir bersama skuad prihatin bagi melawat mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di salah sebuah daerah di negeri ini.
Difahamkan, Juliana dan skuadnya itu turut memberi sumbangan serta memasak untuk mangsa banjir di PPS tersebut.
Pakai Jaket Sejuk Bulu
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah usahawan tersebut tampil mengenakan jaket sejuk berbulu ketika menziarahi mangsa banjir.
Malah penampilannya yang beserta tas tangan mewah itu turut mencuri tumpuan warganet.
@julianamazlan425 #skuad perihati it#mangsa banjir#melawat ♬ original sound - Eddie Hamid
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan menghargai bantuan yang disalurkan Juliana dan skuad.
Advertisement
Netizen Seloroh Belum Musim Salji
Dalam pada itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan usahawan itu.
Ada yang menyifatkan penampilannya di PPS tersebut kurang sesuai malah ada juga yang mengingatkan musibah yang menimpa adalah banjir bukan salji.
“Terima kasih kak tolong dorang. Tapi sekarang musim hujan kak, belum salji,” tulis netizen.
“Vivy Yusof cawangan Ketereh,” komen netizen lucu.
“Apa kekdahnya melawat mangsa banjir pakai baju winter bundle ni,” kritik seorang netizen.
“Aku tak faham gi masuk banjir bawa handbag,” tulis netizen lain.