Pelakon dan penyanyi, Edaman mengakui dia bersama ahli kumpulannya iaitu Qanda akan kembali ke dunia muzik semula tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, Edaman atau nama sebenarnya, Edaman Othman memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan dahulu.
“Kumpulan kami, Qanda, masih ada. Asfan yang bawa kami masuk ke industri muzik dan dia juga yang cipta lagu kami. Tapi sekarang saya nak fokus lakonan dulu,” katanya kepada Gempak.
Advertisement
Jelasnya lagi, dia turut merindui untuk kembali menyanyi kerana mereka pernah membuat persembahan di acara besar seperti Anugerah Meletop Era dan lain-lain.
“Memang rindu nak kembali menyanyi. Insya-Allah tak lama lagi kami akan aktif semula,” jelasnya.
Sementara itu, Edaman juga berkongsi dia bersama ahli kumpulannya mula menyanyi pada tahun 2015 dan berhenti sekitar 2018.
Namun, selepas berbincang bersama ahli kumpulan, mereka sepakat untuk kembali menyanyi semula.
“Kalau ada rezeki, kami nak kembali, ” jelasnya.