Skip to main content

Trend Pasaran

Doktor Malaysia Maut Jatuh Tebing Setinggi 100m Di Itali

astro_gempak_dr_jatuh_itali_1.jpg
Seorang doktor warga Malaysia maut selepas terjatuh dari tebing setinggi 100 meter (m) ketika mendaki Gunung Croda del Becco di Dolomites, Itali pada Jumaat lalu.

Mangsa dikenali sebagai Dr Khaw Bee Ling, 60, yang merupakan pakar perubatan dalaman di Hospital Pakar Metro, Sungai Petani di Kedah dilaporkan hilang selepas terpisah dengan rakannya, sehari sebelum kejadian tersebut.

Menurut laporan media tempatan, mangsa dipercayai tersasar dari laluan pendakian asal di kawasan Belluno sebelum tiba di cerun curam, berbatu dan licin hingga menyebabkannya tergelincir.



Difahamkan, Bee Ling sempat menghantar mesej kepada rakannya untuk memaklumkan dia tersesat dan memerlukan bantuan sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Usaha penyelamatan itu turut disertai helikopter, dron dan kamera terma, unit anjing pengesan dan penjejakan lokasi telefon bimbit.

Mayat Bee Ling ditemui pada keesokan harinya dan dibawa ke rumah mayat di Cortina. - Agensi

Advertisement

Must-Watch Video