Sepanjang minggu lalu, banyak portal berita dunia yang menguar-uarkan tentang Arab Saudi yang bakal memiliki sebuah kelab malam di Jeddah, lapor Astro Awani.
Mendapat jolokan ‘Disko Halal’, premis hiburan itu dikhabarkan membenarkan para lelaki dan wanita bercampur dan menari bersama dalam satu ruangan, selain disajikan minuman tanpa alkohol.
Perkara itu telah mendapat reaksi yang pelbagai dari seluruh dunia.
Bagaimanapun, pemerintah Arab Saudi mengambil tindakan menutup kelab bernama Project X itu pada hari pertama pembukaannya pada Khamis lalu.
Bukan sahaja ditutup, Pihak Berkuasa Hiburan Umum (GEA) juga telah membuat pemeriksaan menyeluruh.
Wakil pihak berkuasa memaklumkan, penutupan pusat hiburan itu adalah kerana ia tidak mempunyai permit operasi.
“Berdasarkan maklumat yang kami terima, pihak pengurusan telah melanggar undang-undang dengan tidak mendapatkan izin operasi dari pihak berkuasa," kata kenyataan itu.
Tanpa butiran lanjut, GEA menyatakan bahawa pada awalnya, pihak pengursan pusat hiburan itu mendapat permit untuk menjalankan ‘sesuatu yang lain’, namun akhirnya menyalahgunakannya.
Khalayak ramai yang pada awalnya membanjiri sekitar premis itu, akhirnya diminta bersurai, manakala pihak berkuasa terus menjalankan siasatan.
Difahamkan, pembukaan kelab malam itu seiring dengan penganjuran sebuah festival pantai di Jeddah.
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Ne-Yo juga dipromosi akan membuat kemunculan.
"Saya tidak tahu apa terjadi. Saya sangat teruja untuk membuat persembahan untuk kalian, malah sedang dalam perjalanan ke sana, ketika saya menerima khabar tentang penutupannya,” ujar Ne-Yo dalam akaun Instagramnya.
Sumber: Astro Awani
Foto: Albawaba

White jeddah
— Ashq Sayd Almquaoma (@AshqSaydAlmquao) 11 June 2019
حسب الضوابط الشرعية
والبنت كررت إنه بار حلال
يوجد اماكن VIP
يوجد شيشة
الدخول من ٣٧٠ إلى ٥٠٠ pic.twitter.com/FSuFl2pWmw
الهيئة العامة للترفيه تفتح تحقيقاً فورياً في مقاطع فيديو تم تداولها لإحدى الفعاليات في مدينة جدة لم يتم ترخيصها من قبل الهيئة pic.twitter.com/MAIKTCM2EZ
— الهيئة العامة للترفيه (@GEA_SA) 13 June 2019