Anggap Karier Nyanyian Hanya Minat
Menurut Haikal atau nama sebenar Mohammad Haikal Farid Rizal, 26, dia memilih untuk enggan menyertai Big Stage pada musim baharu ini kerana sudah mencuba nasib beberapa kali sebelum ini.
Kongsi pelantun lagu Paranoia itu lagi, dia kini menganggap karier nyanyiannya itu sebagai minat.
“Buat yang DM saya nak tengok saya dalam Big Stage tahun ni.
“Saya rasa Big Stage it's just not my place. Bukan saya tak cuba tapi dah cuba 4 kali
“Mungkin saya guna bakat saya untuk just menghiburkan korang begitu sahaja dan sebagai minat,” katanya.
Masih Lagi Menyanyi
Advertisement
Dalam pada itu, Haikal memaklumkan dia masih menerima sebarang tawaran undangan nyanyian.
“Tapi yang still nak jemput saya for events. no problem. boleh bincang.
“Thank you yang always support Haikal okay,” tutupnya.
Untuk info, Haikal pernah memasuki sebuah pertandingan nyanyian milik stesen televisyen tempatan pada tahun 2020 dan kini mempunyai beberapa buah single.