Skip to main content

Budaya Popular

Didakwa Ada ‘Sugar Daddy’, Daiyan Trisha Hanya Mampu Ketawa - “Apa-Apa Sahajalah..”

astrogempak_daiyan.png
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha akui hanya mampu ketawa apabila namanya sekali lagi dikaitkan dengan gosip tidak berasas.

Menurut Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, dia sudah lali dengan spekulasi apabila namanya dikaitkan bermacam lelaki.

“Wartawan tanya adakah saya tahu fasal nama saya kena petik jadi isteri keempat seorang Datuk yang dirahsiakan. Saya hanya mampu gelak. Ada ‘sugar daddy’, isteri keempat, dibela orang,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.
Dalam pada itu, pelantun lagu Biarkan itu menyifatkan khabar angin tersebut sengaja dicetuskan untuk menafikan segala kerja keras yang dilakukannya selama ini.

“Apa sahaja cara dilakukan untuk menidakkan segala kerja keras dan usaha yang saya lakukan sendiri selama ini.Saya sudah tidak kisah lagi tentang semua itu. Apa-apa sahajalah,” tambahnya.

Malah, Daiyan dilihat memuat naik beberapa keping gambar dengan kapsyen ‘hidup sebagai isteri keempat’ dipercayai bagi memerli individu yang memulakan khabar angin.

Terdahulu, timbul spekulasi penyanyi Penat itu didakwa sudah berkahwin dengan seorang lelaki kenamaan sebagai isteri keempat
.
Malah, mereka dikatakan sudah lama menjalin cinta sebelum memutuskan untuk menghalalkan ikatan.  
Christy Ng

Gaya Daiyan, Harga Ringan

Gayakan diri seperti Daiyan Trisha—anggun, bergaya dan elegan tanpa perlu belanja besar.


Bergaya Macam Daiyan

Advertisement

Must-Watch Video