Penyanyi Tomok mengakui mempunyai impian untuk bergelar seorang juruterbang ketika berada di usia zaman kanak-kanak.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok menjelaskan walaupun impian tersebut tidak tercapai, namun kerjayanya sebagai seorang penyanyi mampu untuk menyara keluarganya sehingga sekarang.
"Dulu masa kecil cita-cita utama saya nak jadi pemandu kapal terbang, tapi sebab belajar power sangat jadi ia sekadar menjadi angan-angan cita-cita saya tu.
"Tapi Alhamdulillah, dengan nyanyian saya masih boleh menyara keluarga sampai ke hari ni.
"Semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan korang semua untuk hari ini dan seterusnya. Amin.
"Korang dulu kecil-kecil nak jadi apa? Dapat tak angan-angan menjadi kenyataan? Share sikit," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Tomok dimurahkan rezeki dan ada juga diantara mereka mengakui menyimpan hasrat bergelar juruterbang sama sepertinya ketika waktu kecil.
Tomok mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz.
Nama Tomok mula kembali menjadi sebutan selepas dia menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009 dan sejak itu Tomok memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi solo.
Tomok juga sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman.