Skip to main content

Viral

COVID-19: Menurun Berbanding Semalam, 19 Kematian Dicatatkan

untitled-design-2022-01-03t173913-971.png

Malaysia mencatatkan  2,690  kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,767,044 kes.

Advertisement

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 19 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,532 kematian. 

Jumlah itu juga termasuk 4 kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Orang ramai dinasihati untuk terus berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Sumber: AWANI

Must-Watch Video