Skip to main content

Berita Tempatan

Bunuh Bos Kerana Kedekut Nak Bayar Pampasan

astrogempak_bunuh_bos_sebab_tak_bayar_pampasan.jpg

Seorang lelaki nekad membunuh majikannya selepas mereka terlibat dalam pertikaian berhubung pembayaran pampasan atas kecederaan di tempat kerja.

Insiden itu dilaporkan berlaku di bandar Jingdezhen di wilayah Jiangxi, China.

Advertisement

Ma, 52, mengalami kecederaan kaki di tempat kerja yang memerlukannya melakukan pembedahan dan tidak dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Pada mulanya, Ma meminta 500,000 yuan (RM293,000) daripada mangsa, Shao yang hanya bersetuju untuk memberikan sebanyak 30,000 yuan (RM17,580) kepadanya.

Kes itu akhirnya dibawa ke mahkamah dan Shao diarahkan untuk membayar 140,000 yuan (RM82,040) kepada Ma.

Majikannya yang tidak berpuas hati bertindak mengemukakan rayuan, namun ditolak hakim.

Menurut laporan media, Shao memberi alasan dia tidak mempunyai wang dan hanya ada nyawanya.

Ma yang berang bertindak menyerbu kediamannya lalu membunuh wanita itu.

Pelaku bagaimanapun tidak melarikan diri dan kekal berada di lokasi kejadian hingga pihak berkuasa tiba.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video