Skip to main content

Berita Tempatan

Bukan Tak Mahu Jadi Penyampai Radio, Tetapi Fokus Pada Lakonan - Abam

abam_4.jpg
Pelawak Abam Bocey, mengakui meletakkan kerjaya sebagai penyampai radio sebagai pilihan kedua kerana fokusnya kini adalah di dalam bidang lakonan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, juga tidak menafikan ada peminat yang bertanya mengapa dia tidak mengikut jejak dua sahabatnya, Fad dan Achey.

"Ramai juga yang bertanya mengapa saya tidak menjadi penyampai radio seperti Fad atau Achey, apa yang boleh saya katakan impian itu ada tetapi ia bukanlah yang utama.

"Tambahan lagi, sekarang saya sibuk dengan beberapa tawaran lakonan dan pengacaraan dan ingin memberi fokus kepada kedua-dua bidang ini dahulu.

"Tetapi saya tidak akan menolak sekiranya pihak radio menjemput saya berkolaborasi dengan Bocey," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada sesi penggambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement