Skip to main content

Berita Tempatan

“Bersalin Ni Tak Kira Apa Cara, Dekat Mana, Bila Kerana...”- Tasha Manshahar

tashamanshaharbersalin-(1).jpg
Penyanyi Tasha Manshahar yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada Jumaat lalu akui pengalaman bersalin yang dilaluinya benar-benar menguji kekuatan hubungannya dengan Allah.
 
Tasha berkata selepas melahirkan bayi lelakinya, kini baru dia faham mengapa Allah memuliakan kaum ibu.
 
“Betul kata kaklong, bersalin ni (tak kira apa cara, dekat mana, bila) betul-betul untuk menguji kebergantungan dan kekuatan hubungan kita dengan Allah. 
 
“Sesungguhnya dengan keterbatasan kemampuan dan pengetahuan kita ni, memang hanya Allah lah sebaik-baik perancang. 
 
“Sekarang baru saya faham kenapa Allah sangat muliakan para ibu. Terima kasih Allah untuk kebahagiaan ini,” tulisnya.
 
Tasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menurutnya, dia kini sedang dalam proses sembuh dan perlukan masa untuk berehat.
 
[BACA: “Selamat Datang Anakandaku…”- Raqib Majid Timang Cahaya Mata Permata]
 
Namun, jika dia kembali sihat Tasha akan cuba untuk berkongsi pengalaman bersalinnya bersama pengikutnya.
 
“I'm in the process of recovering. Really need some time to rest and heal. Nanti bila saya dah sihat sikit, inshaAllah saya akan share pengalaman saya, moga-moga beri manfaat kepada first-time mommies. Expect slow updates but keep yourselves updated ya. 
 
“Cuma buat masa ni, advice saya adalah teruskan berdoa apa yang kalian inginkan, tapi jangan lupa untuk minta supaya Allah sediakan apa yang terbaik disisiNya, sesuai dengan kesanggupan dan keadaan diri kita. 
 
“Jadi inshaAllah, kalau berlaku perkara selain daripada apa yang kita harapkan, kita berlapang hati dan terima dengan tenang. Kerana yang terbaik itu hanya disediakan untuk orang-orang yang sentiasa bersyukur,” katanya lagi.
 
Tasha telah dihujani ucapan tahniah dairpada peminat dan pengikutnya.
 
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Betul kata kaklong @kai_armd , bersalin ni (tak kira apa cara, dekat mana, bila) betul-betul untuk menguji kebergantungan dan kekuatan hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya dengan keterbatasan kemampuan dan pengetahuan kita ni, memang hanya Allah lah sebaik-baik perancang. Sekarang baru saya faham kenapa Allah sangat muliakan para ibu. Terima kasih Allah untuk kebahagiaan ini ✨ _ I'm in the process of recovering. Really need some time to rest and heal. Nanti bila saya dah sihat sikit, inshaAllah saya akan share pengalaman saya, moga-moga beri manfaat kepada first-time mommies. Expect slow updates but keep yourselves updated ya. Cuma buat masa ni, advice saya adalah teruskan berdoa apa yang kalian inginkan, tapi jangan lupa untuk minta supaya Allah sediakan apa yang terbaik disisiNya, sesuai dengan kesanggupan dan keadaan diri kita. Jadi inshaAllah, kalau berlaku perkara selain daripada apa yang kita harapkan, kita berlapang hati dan terima dengan tenang. Kerana yang terbaik itu hanya disediakan untuk orang-orang yang sentiasa bersyukur ♥️ _ Love, Mommy (Laaaaa! ?)

A post shared by @ tashamanshahar on

Advertisement

Must-Watch Video