Skip to main content

Berita Tempatan

Bekas Isteri PU Abu Minta Jaga Adab Sebelum Komen

pu-abu-isteri.jpg
Selepas perkongsian mengenai kemelut rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu dan bekas isteri Aina Afini viral, macam-macam pandangan dilontar netizen.

Ada yang memberi pandangan positif dan kata-kata nasihat, tidak kurang juga yang memaki hamun, mencaci maki malah membuat spekulasi sendiri sehingga menjurus ke arah fitnah.

Mungkin disebabkan hal tersebut Aina Afini bertindak memadam posting mengenai kemelut rumah tangganya bersama PU Abu dan menutup ruangan komen di Instagram (IG).

Aina Afini juga telah memuat naik posting memohon maaf dan menjelaskan tindakannya berkongsi perihal rumah tangganya di media sosial.

“Assalamualaikum. Saya memohon maaf di atas posting saya sebelum ini. Sudah saya jelaskan pada posting sebelum ini, ia bertujuan untuk menjelaskan status hubungan kami sahaja atas sebab tertentu,” tulisnya.

Menerusi posting tersebut juga, Aina Afini memohon netizen tidak melibatkan keluarga bekas suami, terutama arwah ibu mentua dalam kemelut rumah tangganya.

Aina Afini sempat berpesan kepada netizen supaya menjaga adab ketika memberikan komen dengan menggunakan akal dan hati.

“Dengan rendah hati saya mohon jangan melibatkan keluarga mentua dan arwah ummi mentua saya. Saya sudah menjelaskan pihak keluarga mentua adalah orang yang paling utama membantu dalam hal ini.

“Jaga lah adab sebelum memberikan komen dan sebagainya. Letakkan akal dan hati pada tempat pertama. Moga Allah dorong kita menjadi manusia yang masih menjaga akhlak. InsyaAllah,” tulisnya pada posting yang dimuat naik pada Ahad.

Terdahulu, Aina Afini mendakwa diceraikan PU Abu kerana tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Mengundang simpati kepada netizen apabila, Aina berkongsi diceraikan suami ketika sedang sarat hamil (anak sulung) tujuh bulan.

Must-Watch Video

Advertisement