Skip to main content

Berita Tempatan

"Balasan Wanita Yang Membuka Rambut Kepada Selain Suaminya Akan..." - Apabila Che Ta Bertazkirah

cheta-jumaatbefunky-collage.jpg
Aktres dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta berkongsi beberapa mesej keagamaan.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya miliknya hari ini.

Antara mesej yang disampaikan adalah mengenai hukum menutup aurat di kalangan wanita, kepentingan berdakwah dan kepentingan mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.

"Berdakwahlah semampumu, tidaklah kita dituntut memberi hidayah kepada hati-hati manusia kepada (Al-Haq) kebenaran yang kita serukan kepada manusia, akan tetapi kita dituntut untuk berdakwah sahaja.

"Jika kau lihat dan kau andaikan seseorang itu jauh dari Tuhannya, jangan kau cela dia, Allah lebih dekat kepada pendosa berbanding orang yang sombong," tulis Che Ta sebagai kapsyen di tiga entri berbeza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon positif dan memuji kecantikkan Che Ta dalam foto yang dikongsinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya. . Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya. . Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang ... pedihnya tidak terkira. . . #sekadarberkongsi . Salam jumaat buat semua .. . Semoga kami berlima adik beradik perempuan akan begini satu hari nanti insyaAllah.. amin .. @rubychewan @preciousbyrcw @jcw_81 @ayuraudhah_7 . . ? @maliqajilbabsyarii

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on




Menurut Che Ta, semua mesej keagamaan itu sahaja dikongsi pada hari Jumaat ini.

Sedikit info mengenai Che Ta, pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.

Must-Watch Video

Advertisement