Anggota kumpulan Elite, Azza meluahkan rasa syukur saat mengenang kembali perjalanan seni bersama KRU yang telah membuka ruang buat mereka mengejar impian remaja satu ketika dahulu.
“Kalau boleh nak zaman tu nak ubah jadi lebih baik. Terima kasih sebab begitu sempurna menjaga Elite. Maafkan kami lah yang tidak sempurna dan terima kasih menjadikan sebuah impian remaja kami menjadi realiti,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah ini lebih dari apa yang kami minta,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Konsert Elite Live ‘25 akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 20 September depan.
Berikut merupakan perkongsian penuh Azza:
Perjalanan indah
Dalam satu perkongsian penuh emosi, Azza kenangan suka duka itu menjadi satu perjalanan indah buat mereka.“Mengikhlaskan perpisahan kerana kerana tiada apa yang kekal di dunia. Sayang sampai syurga speechless.
“Sebab tak tahu bila lagi akan sepentas. Perasaan tu tak mampu nak cakap. Suka duka tu kami yang rasa. Elite sangat menghargai apa yang telah KRU usahakan untuk kami.
“Kalau boleh nak zaman tu nak ubah jadi lebih baik. Terima kasih sebab begitu sempurna menjaga Elite. Maafkan kami lah yang tidak sempurna dan terima kasih menjadikan sebuah impian remaja kami menjadi realiti,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.
Bimbingan KRU
Tambah Azza lagi kejayaan mereka tidak mungkin dapat dicapai tanpa bimbingan KRU selain takdir yang menyatukan mereka dalam satu perjalanan luar biasa.“Rasa baru semalam sign menjadi artis pertama KRU dan hari ini tiada apa yang kekal melainkan sebuah kenangan yang paling indah. Sangat indah.
“Tiada kejayaan tanpa bimbingan dan telah Allah takdirkan mereka yang menghulur tangan untuk bersama menempuh cabaran sebuah Elite.