Skip to main content

Berita Tempatan

"Arwah Daddy Meninggal Masa Tu Umuq Mak 35 Tahun, Mak Tak Gaduh Pun Nak Menikah Lain, Sebab ....." - Che Ta

zainn.jpg
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui kagum dengan pengorbanan dilakukan oleh ibunya yang sanggup membesarkan enam orang anak tanpa suami.

Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta berharap agar suaminya, pelakon Zain Saidin juga dapat setia dan sentiasa berada disisinya walau apa pun terjadi.

"Sayang mak. Arwah daddy meninggal masa tu umuq (umur) mak 35 tahun.

"Anak enam orang, umuq (umur) adik paling bongsu baru 50 haqi (hari), mak tak gaduh pun nak menikah lain, sebab mak setia.
 

"Haqap-haqap (harap-harap) anak mak ni pun setia @zainsaidin23," tulisnya.

Rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang dilakukan oleh Che Ta dan kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya serta mendoakan kebahagiaan Che Ta bersama suami.

Che Ta dan Zain telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain. 

Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Must-Watch Video

Advertisement