Sejak kebelakangan ini, tular kisah percintaan antara penyanyi Ariana Grande bersama tunangnya, Pete Davidson.
Menurut teman lelakinya, dia akan mengahwini Ariana secepat mungkin.
Tambahnya lagi, dirinya sudah bersedia untuk terbang ke Las Vegas atau ke tempat-tempat lain untuk mengahwini Ariana.
Pete berpendapat, dengan tindakan sebegitu, ia mampu menutup mulut golongan yang sentiasa mengkritik hubungan mereka berdua.
Pasangan yang baru sahaja bercinta itu kelihatan sangat bahagia meluangkan masa bersama.
Menurut Pete, beliau sangat mencintai Ariana dan mengagumi bakat besar yang dimiliki penyanyi berusia 24 tahun itu.
Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com