Skip to main content

Budaya Popular

Andika Putra Kongsi Tips Rumah Tangga, Amalkan Solat Jemaah - “Keluarga Kita Akan Sangat…”

astro_gempak_andika-putra-kongsi-tips-rumah-tangga-amalkan-solat-jemaah.jpg
Pempengaruh media sosial, Andika Putera berkongsi amalan yang sering dipraktikan dalam rumah tangganya untuk kekal bahagia.
 

Amalkan solat jemaah

 
Menurut Andika, solat berjemaah merupakan antara kunci utama dalam menjaga keharmonian rumah tangga. 
 

“Bagi saya, yang paling terbaik adalah solat jemaah. Ramai orang sekarang ini, terutama lelaki, ketua keluarga, kadang-kadang lupa untuk solat berjemaah. 

 
“Siapa bagi kita bahagia? Siapa bagi kita rasa cukup? Allah segala-galanya. Macam mana salah satu benda yang kita nak Allah bagi kita bahagia?
 
“Jawapannya adalah kita kena ikut apa yang Allah suruh iaitu solat,” kongsinya menerusi video di TikTok.
 

Mohon para suami praktikkan

 
Dalam pada itu, Andika sempat mengingatkan para suami untuk mempratikkan solat jemaah dalam hubungan rumah tangga.
 

“Tapi jangan solat sendiri. Yang paling penting ini adalah tips yang saya boleh bagi, subuh sama-sama. 
 
“Selepas itu kita sibuk kerja dan sebagainya, isyak sama-sama. Sekurang-kurangnya subuh dan isyak solatlah berjemaah sekali bersama dengan anak dan sebagainya.

 
“Insya-Allah, bila kita solat jemaah ni, percaya tak, keluarga kita akan sangat berbeza. Percayalah.
 
“Laki-laki di luar sana implementkan benda ini dalam keluarga. Insya-Allah akan jadi luar biasa,” ujarnya.
 
Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.
 
@andikaputeraa

Jom sama sama doakan kita istiqomah berjemaah bersama keluarga. Sangat luar biasa ya amalan ini🫰🏻❤️ Komen ❤️ nak amal

♬ original sound - MENTOR BISNES ERA BARU

Advertisement

Must-Watch Video