Skip to main content

Berita Tempatan

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

astrogempak_tan_sri_ananda_krishnan_meninggal_dunia.jpg
Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia pada Khamis.

Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan pemergian Pengerusi kami, Encik Ananda Krishnan Tatparanandam, yang telah meninggal dunia dengan tenang pada 28 November 2024.  

“Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan negara dan dunia korporat, serta inisiatif kebajikannya telah menyentuh banyak kehidupan,” katanya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, pihak keluarga mediang  Ananda Krishnan memohon agar orang ramai menghormati pemergian beliau. 

“Kami dengan rendah hati memohon agar keinginan keluarga untuk berkabung secara peribadi dihormati,” jelasnya. 
 

Advertisement

Must-Watch Video