Skip to main content

Budaya Popular

Adira Sebak Kakak Beri Kejutan Hadiah Birthday - “Dari Kecil Tak Pernah Ada Bilik, Selimut & Cadar Sendiri”

astro_gempak-adira-sebak-kakak-beri-hadiah-birthday-cadar.jpg

Penyanyi, Adira Suhaimi tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima hadiah hari jadi daripada kakaknya, Emma Suhaimi.
 

Adira sebak dapat cadar

Momen itu dikongsi Emma menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. 

Advertisement

Kata Emma, hadiah bukanlah sesuatu yang mahal namun memiliki nilai paling berharga buat mereka semua.

“Saya ada sedikit kejutan untuk Adira. Saya tahu barang yang saya beli ini bukanlah barang yang terlalu mahal tetapi barang ini bernilai. Saya belikan dia sesuatu yang dia perlu,” ujarnya.

Menerusi video yang dikongsi, Adira kelihatan sebak ketika membaca ucapan yang ditulis Emma di atas bungkusan hadiah sebelum membukanya.

Bagaimanapun situasi bertukar gembira selepas Adira teruja menerima hadiah cadar daripada Emma.


Tak pernah ada bilik, cadar & selimut sendiri

Menurut Emma, hadiah cadar itu merupakan sebahagian memori mereka semasa kecil.

“Kenapa cadar? Pendekkan cerita, kami dari kecil tidak pernah ada bilik sendiri. Tidak pernah ada selimut dan cadar sendiri.

“Simpel ja cadar set pun boleh buat kami happy. Cadar yang lawa buat kami tidur lena. Kami mahu Ami tidur dengan nyenyak dan dapat rehat yang cukup,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

 

ARTIKEL BERKAITAN:"Tipu Dosa, Saya Tak Kenal Datuk H... Netizen Yang Memandai-Mandai" - Adira

 

ARTIKEL BERKAITAN :"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

 

ARTIKEL BERKAITAN:Datin Red Cerai Tak Tuntut Nafkah, Kekal Hubungan Baik - “Saya Tahu Dia Tidak Sekejam Itu”

Berikut merupakan video penuh Emma dan Adira:
 

@emma.suhaimi

Yang penting hadiah ???

♬ ገደገዳ - Studio Pro Sound

Must-Watch Video