Skip to main content

Berita Tempatan

“4 Bini Pun Tak Mampu Jaga Macam Anak-Anak Jaga” - Pelakon Veteran Zulkifli Zain

norzizizulkifli.jpg
Pelakon dan pengarah teater, Dr Norzizi Zulkifli sayu mendengar luahan bapanya, seniman veteran Datuk Zulkifli Zain, 75.
 
Luahan itu dibuat kerana Zulkifli terharu melihat pengorbanan anak-anaknya menjaga Zulkifli yang sedang sakit.
 
Menerusi perkongsian di Instagram, Norzizi berkata, bapanya mengaku kesempurnaan anak-anak menjaganya ibarat empat orang yang menjaga suami.
 
Bapanya turut meminta Norzizi menzahirkan ucapan ‘terima kasih’ kepada adik-beradik yang lain kerana telah menjaganya dengan baik. 
 
“Lepas breakfast, duduk kat katil kena picit lutut dia, sekali lagi Papa dok ulang suruh bagitahu adik-adik dia ucap terima kasih dan katanya empat bini pun tak mampu jaga macam mana anak-anak dia jaga Papa Mama. 
 
“Macam-macam lagilah dia cakap so saya cepat-cepat ambil phone and I said “Ha cakap kat adik-adik smua, Zi rakam ni” video tu buat saya tak boleh tahan, burst! Rabak.
 
"So saya abadikan kerabakan saya dengan Papa, pagi ni, sebelum I nak pergi kerja!” tulisnya di ruangan kapsyen.
 
Norzizi turut memuat naik fotonya bersama bapa yang dirawat di sebuat pusat perubatan swasta.
 
Entri tersebut mendapat perhatian ramai yang prihatin tentang keadaan bapanya yang kelihatan agak uzur.
 
Tidak kurang juga yang keliru dengan kenyataan bapanya mengenai isteri empat.
 
Menerusi kemas kini terbaharu, Norzizi turut memberi penjelasan tentang ‘isteri empat' seperti yang dinyatakan dalam posting sebelum itu kerana ramai telah salah faham dengan istilah tersebut.
 
“Ok ini saya repost story saya sendiri mengenai pesan Papa mengenai kalau dia kahwin empat pun, isteri-isteri takkan mampu jaga seperti anak-anak beliau jaga. Bukannya dia kahwin empat dan bini-bini tak jaga dia,” jelasnya.
 
Terdahulu, Zulkifli pernah dikejarkan ke pusat perubatan kerana menghidap angin ahmar menyebabkannya lumpuh tangan dan kaki.
 
Sejak daripada itu, suami kepada pelakon Datin Normala Omar ini diuruskan oleh anak-anak mereka secara bergilir-gilir.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ok ini saya repost story sy sendiri mengenai pesan Papa mengenai kalau dia kahwin 4 pun, isteri2 takkan mampu jaga seperti anak2 beliau jaga. Bukannya dia kahwin 4 dan bini2 tak jaga dia ?‍♀️?‍♀️?‍♀️#repost @norzizizulkifli ・・・ Kami baru makan sahur bersama dengan tiga anak, tiba2 Papa kata “Zi, bila Papa mati, hang beritahu semua adik2 Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga Papa dengan baik. Kalau Papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga Papa. Anak2 Papa memang terbaik!” Tak termasuk ke mulut makanan yg sedang cuba sy suapkan dan sy toleh ke dia. Cuak gak hati ini. Bukan sempurna pun apa yg kami jaga adik beradik. *** gambar ni sy amik lepas dah makan la. Bukan nk tido sangat Papa ni. Sat suruh angkat, sat suruh bawak ke meja makan. Sat bawak ke tv. Kita jadi sama tak leh tido dengan dia ???. Today Papa behave, dia dok kat meja makan je. Smua dia pikir, dia dalam perarakan orang Melayu berarak dari Johor ke KL. Dia sedih akan perjuangan/nasib orang2 Melayu. Dia jugak risau sekiranya Sabah di serang. Itu antara apa yang sempat diceritakan oleh beliau. Ok Salam Subuh everyone. Sy nak hantar anak ke UPSR. @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli p/s yang paling banyak jaga mama papa is @zazazulkafli di bantu dengan yang lain. Yang paling sikit jaga adalah sy. Jd jgn puji sy. Puji adik2 sy yg lain yg begitu devoted menjaga kedua Ibu bapa ❤️

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Advertisement

Must-Watch Video