Penganjur Benar Masuk
Menurut Sufi, pihaknya berjaya mengatasi masalah tersebut dengan membenar kesemua masuk ke lokasi acara atas ihsan syarikat biarpun mereka sepatutnya membeli tiket daripada sumber sah.
“Saya ada berjumpa dengan peminat Ernie. Ada juga pembeli yang kena scam tiket.
“Tetapi pihak kami berjaya dapatkan juga tiket untuk mereka, mereka datang dari Sarawak. Kasihan juga.
“14 orang beli tiket dari pihak luar, mereka beli dari reseller,” kongsi Sufi kepada Gempak.
Ramai Mangsa Datang Dari Jauh
Advertisement
Pertama kali berdepan masalah itu, Sufi mengakui terkejut apabila mendapat tahu jumlah mangsa 'scam' yang ramai lebih-lebih lagi ada mangsa yang datang dari jauh seperti Sarawak dan Brunei.
“Saya terkejut kerana saya tak pernah alami masalah tersebut dengan jumlah sebanyak itu.
“Jadi sekarang saya sudah faham, kami nak pastikan semua pembeli ada tempat duduk. Tak mahu mereka kena sidai.
“Alhamdulillah, semua yang datang dan kena scam dapat masuk. Ada yang datang dari Brunei juga.
Puas Hati Dengan Persembahan Ernie Zakri
Dalam pada itu, Sufi berpuas hati dengan persembahan Ernie biarpun vokalnya terjejas akibat radang peti suara.
“Syukur semua peminat gembira, apa yang jadi semua ada hikmah. Mungkin ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku.
“Iyalah, Ernie akan pentaskan konsert sama di Singapura, kelak. Saya percaya ramai peminat menunggu.
“Konsep yang sama akan digunakan dan ada yang istimewa buat peminat di Singapura," katanya.
Terdahulu, Ernie Zakri berjaya memukau penonton dengan kehebatan vokalnya di konsert solo, Aura: Ernie Zakri Live In Concert biarpun mengalami jangkitan laringitis atau keradangan pita suara sehingga mengakibatkan kehilangan suara.