Skip to main content

Budaya Popular

Zara Zya Sedia Tersingkir Di Pentas Super Spontan?

zarabefunky-collage.jpg
Pelakon yang sedang mencipta nama, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 33, sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya tersingkir dari pertandingan Super Spontan Xtravaganza (SSX) 2018.

Menurut Zara, dia menyertai pertandingan itu untuk mempelajari kemahiran baru dalam lakonan dan mengasah minda untuk berfikir dengan cekap.

"Saya bersedia jika saya akan disingkirkan dari pertandingan ini, apa yang penting, saya dapat menambahbaik mutu lakonan dan mengasah minda saya untuk berfikir secara cekap.

"Saya juga menganggap SSX banyak memberi keseronokan, jadi saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk melakukan pementasan yang bersahaja," katanya ketika ditemui usai minggu ke-3 SSX malam tadi.

Zara mula menjejak kaki kedalam industri hiburan tanah air pada tahun 2003 dan mula dikenali menerusi drama bersiri Love You Mr. Arrogant.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Teks : Asraf Aided

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement