Skip to main content

Budaya Popular

Wow...Karnival Geng Masjid Kembali Dengan Edisi Ke-21!

geng-masjidbefunky-collage.jpg
Karnival Geng Masjid (KGM) bakal kembali dengan edisi ke-21.

KGM Event selaku penganjur telah memilih Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan sebagai lokasi karnival yang akan diadakan  bermula 28 hingga 31 Disember 2019 itu.

Pada tahun ini, KGM Event membawa satu konsep yang dinamakan “Jalan-jalan Menuju 2020”. Ianya menunjukkan kepada kita bahawa pelbagai cara dan langkah untuk kita memperbaiki diri.

Antara pengisian program yang menarik adalah forum agama, pertandingan azan dan mewarna, konsert gema otai berbisa, wayang pacak, potong rambut percuma, pakej perlancongan, Didi&Friends, Superhero, Sembang Muallaf, Isya Haramain, Al-Quran percuma, Soopa Doopa, memanah dan banyak lagi aktiviti keluarga.

Semoga Karnival Geng Masjid edisi ke-21 ini dapat menarik pengunjung daripada setiap lapisan masyarakat untuk datang kerana pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Sebarang info lanjut boleh didapati menerusi akaun Facebook dan Instagram Karnival Geng Masjid.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video