Skip to main content

Budaya Popular

Wajibkan Anak Perempuan Bertudung, Netizen Puji Tindakan Aliff Syukri

befunky-collage_117.jpg
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia mewajibkan anak perempuannya, Qadejah El Zahra bertudung setelah berumur sembilan tahun.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik foto Qadejah beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

"Bila anak saya dah darjah 3 memang saya wajibkan cess bertudung," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya memuji cara Aliff mendidik anak perempuannya malah mendoakan semoga menjadi anak yang solehah.



Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober dan Qayyum pada bulan Disember.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement