Pelakon dan suami kepada aktres Nur Fazura, Fattah Amin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 semalam.
Perkara itu dikongsi Fattah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Fattah meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada Fazura.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan kehidupan.
"Buat isteri saya Fazura, saya tahu awak akan sentiasa ada untuk saya, saya ingin mengucapkan terima kasih bukan hanya untuk kejutan hari lahir ini tapi untuk semua yang telah awak lakukan selama ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri tersebut, Fattah turut berkongsi beberapa foto yang diambil bersama Fazura dan rakan-rakan mereka ketika kejutan majlis hari lahirnya itu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Fattah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buatnya.
Pasangan popular ini mula mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan sering menjadi perhatian ketika sama-sama membuat kemunculan di acara-acara besar tempatan.