Skip to main content

Budaya Popular

Tunggu... Nora Danish Rahsiakan Jantina Bayi

nd-header.jpg
Pelakon cantik Nora Danish, 35, memilih untuk merahsiakan jantina bayi yang sedang dikandungnya.

Biarpun Nora dan suami, Nedim Nazri sudah mengetahui jantina bayi yang sudah memasuki usia kandungan 7 bulan itu namun enggan mendedahkan terlalu awal sehingga bayi itu dilahirkan.

"Lebih baik kami merahsiakan terlebih dahulu hingga bayi selamat dilahirkan, barulah 'surprise'.

"Namun, sejujurnya saya tidak kisah sekiranya jantina bayi saya lelaki atau perempuan, asalkan sihat," katanya kepada Astro Gempak.

Nora dijangka bersalin pada 9 Mac 2018.

Pelakon filem Polis Evo itu ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Oh Most Wanted di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur hari ini.

Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2017 selepas sembilan tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu menerusi perkahwinan pertamanya, Nora mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putera Rayqal Ashram Ramli, 8 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan

Must-Watch Video

Advertisement