Skip to main content

Budaya Popular

"Tolong Henti Sebar Berita Kematian Suami Saya" - Isteri Saleem Iklim

saleem1.jpg
Isteri penyanyi, Saleem daripada kumpulan Iklim menafikan berita tentang suaminya yang dilaporkan sudah  meninggal dunia akibat kemalangan motosikal, baru-baru ini.

Menurut Julia Bachok, suaminya baharu sahaja dipindahkan ke Pakar Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Tolong jangan percaya apa yang dilaporkan di media sosial berhubung keadaan Saleem. Dia sedang  menerima rawatan rapi di hospital ini,” katanya.

Saleem terlibat dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangya dilanggar sebuah kereta di Bandar Mahkota, Cheras pada Khamis.

Pelantun lagu pop rock, Suci Dalam Debu dilaporkan kritikal akibat kecederaan di tulang rusuk.

“Saya berharap peminat Saleem dapat mendoakan agar beliau cepat sembuh,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Must-Watch Video