Skip to main content

Budaya Popular

TMJ & Isteri Sambut Kelahiran Anakanda Ketiga

befunky-collage_509.jpg
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri Che Puan Khaleeda Bustamam menyambut kelahiran anakanda ketiga mereka hari ini.

Perkara ini telah diumumkan oleh TMJ menerusi akaun Instagram (IG) rasminya dengan melahirkan rasa syukur.

"Alhamdulillah," tulisnya secara ringkas disertakan beberapa keping foto bersama Che Puan Khaleeda dan putera mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor) on


Di samping itu, pengumuman turut dibuat menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

"Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan," tulisnya.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja ini dikurniakan dua cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.

Advertisement

Must-Watch Video