Skip to main content

Budaya Popular

Terima Panggilan Scammer, Mawar Rashid Minta Peminat Lebih Berhati-Hati

mawar-befunky-collage_2.jpg
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia telah menerima panggilan dari sindiket penipuan atau scammer yang mendakwa mewakili mahkamah tertentu.
 
Kata Mawar cubaan untuk memperdaya terbongkar selepas dirinya diajukan soalan siapa dirinya.
 
Mawar turut mendedahkan nombor yang telah cuba membuat penipuan tersebut.
 
"Saya ada terima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali dengan menggunakan suara auto.
 
"Hi kami dari Mahkamah Tinggi Perlis, anda mempunyai satu saman. Kalau nak tahu lebih lanjut, tekan nombor sifar (0).
 
"Saya tekan sifar dan ada orang yang angkat telefon dengan suara yang acah-acah serius. 
 
"Boleh saya tahu tengah bercakap dengan siapa? Semestinya saya tidak bodoh," katanya menerusi Instagram Stories.
 
Pihak sindiket itu bagaimanapun meletakan telefon selepas menyedari Mawar memberitahu hal tersebut kepada suaminya yang juga aktor Raf Yaakob.
 
Justeru, Mawar memberi peringatan supaya lebih berhati-hati untuk mengelak ditipu serta terpedaya dengan scammer atau sindiket seperti itu.
 
"Saya bagitahu Raf ada pihak mahkamah hubungi dan lantas panggilan itu dimatikan.
 
"Nampak tak ini scammer sebenarnya. Kalau terima nombor yang tidak dikenali, tolong jangan layan sebab sekarang ini ramai orang yang berkelakuan macam ini," pesannya.
 
Dalam perkembangan terkini, Mawar sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul TQ Captain.
 
Selain Mawar, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok dan ramai lagi.
 
Jangan lupa saksikan drama TQ Captain di slot MegaDrama mulai 9 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
 

Must-Watch Video

Advertisement