Skip to main content

Budaya Popular

"Telah Kembali Seorang Lagi Anak Seni .." - Pengarah Fotografi Mohd Filus Ghazali Meninggal Dunia

filus_1.jpg
Pengarah fotografi, Mohd Filus Ghazali disahkan meninggal dunia hari ini.

Berita duka tersebut dimaklumkan oleh pelakon Aqasha menerusi sebuah entri di Instagram (IG) milknya.

"Innalillahi wa innailaihi rojiun.. Telah kembali seorang lagi anak seni ke pangkuan Illahi.

"Mohd Filus Ghazali atau dikenali dengan Pak Filus, seorang sinematografi yang disegani dan telah menempah nama di tanah seberang.

"Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.
 

Antara karya yang dihasilkan sepanjang hayat Allahyarham Pak Filus adalah Cicakman 2- Planet Hitam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Waris Jari Hantu dan banyak lagi.

Salam takziah dari Gempak buat seluruh ahli keluarga.



 

Advertisement

Must-Watch Video