Skip to main content

Budaya Popular

Tak Makan Nasi, Kerap Lakukan Yoga Rahsia Kurus Bella

bella-sytd-cantik-kurus-tak-makan-nasi.jpg
Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2), Bella  akui tidak mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat semata-mata mahu kelihatan cantik di kaca televisyen.
 
Bella atau nama sebenarnya  Laudya Cynthia Bella, 29, memberitahu dia mengamalkan diet  berkenaan secara konsisten selama tiga bulan.
 
“Saya mahu kelihatan cantik untuk filem SYTD 2 jadi sebab itu saya nekad melakukan 'pengorbanan' dengan mengamalkan diet tersebut.
 
“Sepanjang tiga bulan, saya diet dengan cara yang agak ‘straight’ dan fokus dengan senaman yang dilakukan supaya berat saya turun lebih cepat.
 
“Antara senaman yang saya gemar lakukan ialah yoga dan treadmill. Alhamdulillah, ternyata usaha saya tidak sia-sia,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Hasil daripada pemakanan yang diamalkan itu, Bella berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5 kilogram daripada berat asalnya iaitu 56 kilogram.
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Advertisement

Must-Watch Video